Ini Cara Lengkap Untuk Mohon & Aktifkan Pas Perjalanan Tanpa Had Pengangkutan Awam RM100 & RM50
Susulan daripada pengumuman yang dibuat menerusi Belanjawan 2019 tempoh lalu di mana Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membuat kenyataan di mana orang ramai boleh mula melanggan pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 untuk perkhidmatan rel dan bas RapidKL manakala pas RM50 untuk bas saja pada 1 Disember ini, orang awam telah mula bersedia untuk membuat permohonan. Ramai yang mula tertanya-tanya tentang cara untuk memohon pas perjalanan tanpa had yang bakal ditawarkan ini. Mana taknya, memang betul-betul menjimatkan! Bayangkan, selama ni korang spend lebih RM200 untuk kos pengangkutan awam, tapi bila ada pas perjalanan ni, korang cuma spend RM100 je dalam tempoh 30 hari! Pasti ramai yang masih keliru tentang tawaran ini kan? Tak mengapa, di sini ada Q&A berkaitan dengan pas perjalanan tanpa had tersebut. 1. Bagaimana cara nak reload? Pas perjalanan ini hanya boleh dimohon oleh pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid (warga...