Ini Cara Lengkap Untuk Mohon & Aktifkan Pas Perjalanan Tanpa Had Pengangkutan Awam RM100 & RM50
Susulan daripada pengumuman yang dibuat menerusi Belanjawan 2019 tempoh lalu di mana Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membuat kenyataan di mana orang ramai boleh mula melanggan pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 untuk perkhidmatan rel dan bas RapidKL manakala pas RM50 untuk bas saja pada 1 Disember ini, orang awam telah mula bersedia untuk membuat permohonan.
Ramai yang mula tertanya-tanya tentang cara untuk memohon pas perjalanan tanpa had yang bakal ditawarkan ini. Mana taknya, memang betul-betul menjimatkan! Bayangkan, selama ni korang spend lebih RM200 untuk kos pengangkutan awam, tapi bila ada pas perjalanan ni, korang cuma spend RM100 je dalam tempoh 30 hari!
Pasti ramai yang masih keliru tentang tawaran ini kan? Tak mengapa, di sini ada Q&A berkaitan dengan pas perjalanan tanpa had tersebut.
1. Bagaimana cara nak reload?
Pas perjalanan ini hanya boleh dimohon oleh pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid (warganegara). Anda boleh reload MyKad di mana-mana premis sama ada di kaunter LRT, MRT atau mana-mana cawangan yang menawarkan servis reload TnG.
2. Pas perjalanan ini cuma sampai 30 hari saja. Pada hari 31, adakah saya perlu reload kad TnG saya?
Ya, anda perlu reload kad TnG anda selepas 30 hari.
3. Bagaimana nak tahu sama ada MyKad saya ada fungsi TnG atau tak?
Anda boleh semak di bahagian belakang MyKad. Kalau ada logo TnG, ini bermakna anda boleh menggunakan kad tersebut, cuma perlu pergi ke kaunter dan reload saja.
4. Pas perjalanan ni boleh guna untuk parking jugak ke?
MY100 untuk perkhidmatan LRT, MRT, BRT, monorel, bas RapidKL dan MRT feeder bus. Untuk parking, jika hendak dapatkan flat rate LRT/MRT user, kena gunakan MyKad/MyTentera yang dah diaktifkan MY100 dalam tu.
5. Siapa yang layak mohon?
Hanya rakyat Malaysia yg mempunyai Mykad dan dilengkapi Tngo layak memohon Pakej terbaru ini.
6. Kalau MyKad tiada fungsi TnG, boleh mohon tak?
Tak boleh, sebab MY100 dan MY50 hanya boleh disubscribe ke dalam MyKad atau MyTentera sahaja. So kena tukar MyKad/MyTentera yang ada fungsi Touch & Go.
7. Setiap kali nak reload kena pergi ke kaunter ke?
Ye, untuk renewal kena ke kaunter station LRT, MRT, BRT, monorel dan juga di bus hub Pasar Seni, Seksyen 2 Shah Alam, Sri Nilam, Greenwood atau Terminal Kajang. Tapi ada function auto renewal, boleh mintak untuk aktifkan masa pembelian pertama, so MY100 atau MY50 akan auto renew setiap kali tamat tempoh apabila baki dalam kad mencukupi. Tidak perlu ke kaunter dah.
8. Bila boleh mula mohon pas perjalanan tanpa had ini?
Anda boleh mula reload pas perjalanan ini bermula pada Disember nanti. Pas perjalanan ini boleh mula digunakan pada Januari 2019 tahun depan.
Comments
Post a Comment